Wednesday, 26 November 2014

RAHMAT ATAU BALA?

Pada malam yang kelam itu,
Hitam pekat menyelubungi suasana yang pada awalnya hening tanpa sebarang bunyi yang mengganggu,
Insan itu hanya memandang kosong telefon bimbitnya,
Menunggu kalau-kalau ada pesanan ringkas untuknya,
Selepas berhempas pulas menelaah ilmu duniawi di meja duduknya,

.......................................................................................

Rintik-rintik hujan mulai kedengaran di luar jendela,
Semakin lama semakin lebat airnya turun mencurah-curah bagai tidak mahu berhenti,
Membasahi segenap pelosok di muka bumi bertuah ini,
Kilat yang tiada henti menyabung,
Guruh yang tiada henti berdentum,
Hujan rahmatkah ini? 
Atau
Hujan bala buat seisi alam?
Memberi peringatan bagi mereka yang alpa?
Atau memberi ingatan buat insan itu yang makin alpa dengan Tuhannya?
Maka nukilan ini moga dapat menyedarkan dia,
Tentang pentingnya isi di dalam dan bukannya di luar,
Moga dia mengerti,
26 Oktober 2014, hari Ahad ia tercipta,
Tentang ini,
Apabila diri mula diam membisu,
Memikirkan sesuatu di benaknya,
Maka inilah hasil fikirnya.....

.............................................................................

Terfikir aku seketika,
Rintik-rintik hujan yang turun,
Membasahi setiap inci muka bumi ini,
Adakah rahmat yang dicurah?
Atau bala yang diturun?
Aku tidak salahkan yang lain,
Aku tidak salahkan mereka dan mereka,
Kerna aku sedar,
Aku punya dosa dan noda,
Terpalit bagai lumpur yang enggan hilang dan pergi,
Menjadi asbab mereka dan mereka diheret sama,
Dalam kancah dunia penuh noda,
Dunia penuh bala,
Moga tidak terpalit dan terikut sama,
Moga tidak diturutkan jejak langkah yang sama,
Kerna kerisauan mengasak diri,
Kelak aku seksa tertanggung,
Dosaku, kalian, mereka dan mereka,
Moga Tuhan buka pintu keampunan,
Moga Tuhan tunjuk sinar cahaya keimanan,
Agar kegelapan dalam diri terus malap,
Hilang ditelan cahaya syurga firdausi.

..........................................................................................................

Membisu tanpa kata memikirkan setiap persoalan,
Persoalan yang hakikatnya bukan pada dunia yang bakal dihadapi,
Dosa tetap dicari,
Pahala dibuang dan dicampak pergi,
Kerna diri insan ini,
Masih menunggu keinsafan hadir dalam diri,
Menunggu petunjuk dan hidayah menyapa dan menyentuh hati.


#Ikutlah kata hati apabila ia berbicara tentang Tuhannya
#Semoga Allah Sayang

No comments:

Post a Comment